copy from someone email....
DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYASewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa
sahaja di dalam hatihajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang
biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba denganTuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah
satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya
menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya dihari kiamat"Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? " Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.
Rasulullah s. a. w. bersabda
yang bermaksud:-
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat
keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian
yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Wassalam.
Bacaan Supaya Menjadi Mulia, Kaya danMurah Rezeki.Oleh Noraini Ahmad, SaujanakuAssalamualaikum,Saya ada satu bacaan/amalan yang saya rasa sungguh menakjubkan yangingin dikongsi bersama. Sebenarnya mak saya pernah memberinya kepada saya supayadibaca setiap kali selepas solat fardhu tapi sebab apa atau untuk apa tidaklahdiberitahunya. So, saya pun kadang baca kadang tidak. Pada satu hari, saya membeli sebuah buku AMALAN KEMURAHAN REZEKI, didalam buku tu ada bacaan tersebut yang diberi keterangan sesiapa yang membaca 2 ayat Al Quran ini 7 kali setiap selesai solat fardhu dgn tertib selama-lamanya, maka jika anda lema h menjadi kuat, jika hina menjadi mulia, jika kalah menjadi menang, jika sempit menjadi lapang rezekinya, ketika susah menjadi gembira, ketika miskin menjadi kaya dan apabila mempunyai hutang dapat membayarnya. Sejak dari itu, saya selalu membacanya, tidak selepas solat sahaja tapi setiap kali saya keluar rumah. Ada dua tiga perkara yang sungguh menakjubkan yang pernah saya alami. Saya kehilangan sesuatu yang dah agak lama (setahun), bila ia diperlukan barulah saya sedar kehilangannya. Saya berdoa dan ayat itulah yang saya ulang-ulangkan berhari-hari.Alhamdulillah dengan tidak semena-mena, ada orang yang mengirimkannya melalui pos. Bayangkanlah setelah setahun baru dia muncul.... Saya panjangkan kepada kawan saya yang kehilangan beg, alhamdulillah dia juga dapat kembali begnya setelah mengamalkannya. Saya pernah kena saman polis ketika memandu. Setelah saya imbas kembali semasa saya keluar rumah pada hari tersebut, saya tidak membaca ayat tersebut seperti biasa... Dan saya pernah dengar melalui mak mertua saya, ustaz mengatakan sesiapa yang mengamalkan ayat tersebut, sekiranya ajalnya hampir sampai, dia tidak akan dapat membaca ayat tersebut. Ada lagi yang saya alami tapi tak payahlah saya citerkan semuanya... ITULAH SURAH AT-TAUBAH ayat 128-129.Wallahualam.
No comments:
Post a Comment