Friday, April 24, 2009

PISANG DAN HATI

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.


Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Friday, April 17, 2009

Hati umat Islam berkarat jika meninggalkan zikir

Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup

ORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.

Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: "Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?"

Inilah gambaran orang beriman, yakin percaya kepada Allah dan menginsafi diri tidak lebih sebagai seorang hamba sangat lemah yang selama ini menerima nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.

Hal ini menepati firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)

Kebanyakan masyarakat faham zikir hanya kata-kata yang dilafazkan saban kali habis menunaikan solat fardu, solat sunat atau membisik doa ketika ingin makan, memulakan sesuatu kerja yang baik, terjaga dan tidur serta bersin.

Padahal hakikat zikir kepada Allah sebenarnya tidak tertentu kepada zikir lisan semata-mata seperti mana ditegaskan Al-Imam An-Nawawi, bahawa zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, takbir dan lain-lain zikir lisan, mereka yang bekerja kerana Allah juga orang yang berzikir kepada Allah.

Pendapat beliau disokong Basri Ibrahim Al-Azhari dalam bukunya Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir, bahawa setiap orang yang taat kepada Allah, mengikut segala diperintahkan dan meninggalkan dilarang oleh-Nya dikira sebagai orang yang berzikir.

Zikir terbahagi kepada tiga bahagian iaitu zikir hati, lidah dan anggota. Zikir hati memikirkan keagungan dan kebesaran Allah di bumi, langit dan seluruh kejadian makhluk-Nya. Zikir lidah pula melantunkan puji-puji kepada Allah, mensyukuri nikmat kurniaan-Nya, menyeru masyarakat ke arah ajaran Islam, menerangkan kebaikan syarak, menjelaskan hikmah pada perintah dan larangan Allah, memberi nasihat kepada sesama Islam.

Sementara zikir anggota pula menggunakan anggota badan untuk melakukan amalan ketaatan, sama ada dalam bentuk melakukan segala suruhan atau meninggalkan segala larangan Allah.

Orang yang lupa atau lalai kepada Allah, hatinya selalu dirundung resah gelisah, tenggelam dalam kebimbangan dan sengaja meletakkan dirinya di tempat mengundang kemurkaan Allah lantaran tidak rasa bersalah terhadap kemungkaran dilakukan.

Lupa kepada Allah menandakan hati seseorang itu sudah berkarat dengan sifat mazmumah yang sangat keji. Orang beriman tidak akan membiarkan hatinya berkarat dan penuh dengan kekotoran, ia akan sentiasa menggilap hatinya dengan berzikir kepada Allah.

Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: "Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih."

Sesungguhnya seseorang yang lalai daripada mengingati Allah bermakna dirinya dihinggapi penyakit sombong, lupa asal kejadian diri sebagai makhluk lemah yang diciptakan semata-mata supaya mengabdikan diri kepada-Nya dan mewarisi sifat orang munafik.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan, apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan, tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali sedikit sekali." (Surah an-Nisa, ayat 142)

Setiap mukmin sewajarnya menjadikan zikir sebagai sesuatu yang tidak terpisah daripada kehidupan seharian kerana banyak keistimewaan bakal diterima oleh orang yang sentiasa berzikir.

Kitab Tanbih al-Ghafilin menyatakan lima kelebihan dan faedah berzikir, iaitu mendapat keredaan Allah, menambahkan kesungguhan melaksanakan ketaatan, terkawal daripada hasutan syaitan, melembutkan hati dan mencegah daripada melakukan maksiat.

Orang yang memperbanyakkan zikir, dosanya akan diampuni sekali gus mendapat ganjaran pahala besar seperti firman yang bermaksud: "Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Aku sudah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Orang yang selalu ingat kepada Allah jiwanya menjadi bening dan tenang, sekalipun sedang menghadapi banyak permasalahan hidup, ujian, musibah dan seumpamanya. Firman Allah yang bermaksud: "Ingatnya, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." (Surah al-Ra'ad, ayat 28)

Sesungguhnya dengan selalu ingat kepada Allah, akhlak diri menjadi indah dan menarik, sekali gus menjadi cermin bagusnya nilai ajaran Islam dan hebatnya orang mukmin pada mata orang bukan Islam seperti pernah ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jangan jadikan sibuk dengan urusan kehidupan di dunia sebagai alasan lupa kepada Allah. Sungguh Allah melarang keras seseorang memiliki sifat lalai seperti ditegaskan firman yang bermaksud: "Janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." (Surah al-A'raf, ayat 205)

Sumber : BHarian 2009/04/10

Tuesday, April 14, 2009

Jangan terus berdosa

SEDAPNYA kita mengutuk, mengumpat orang sebelah! Memang sudah lumrah, manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Orang tua-tua selalu menyebut, "Kerana pulut, santan binasa; merana mulut (berbisa), badan binasa."

Dalam apa jua urusan tidak kira di pejabat, dalam lingkungan keluarga dan kawan-kawan malah dalam e-group sekalipun, kita selalu terdedah kepada dosa kerana sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya. Seronok ya, kumpul ramai-ramai dan bersembang. Lumrahnya, manusia gemar bersembang, dari hal politik, kewangan, pelajaran, hiburan (rancangan Melodi pun salah satu platform mengumpat, ya!), teman idaman dan macam-macam lagi. Antara sedar dengan tidak sedar atau lebih kepada buat-buat tidak sedar, dalam sembang-sembang, seringkali brek mulut tak makan dan terbabas masuk bab mengata orang. Orang itu beginilah, begitulah, seolah-olah semuanya serba tidak kena dengan orang yang diumpat (dikata) itu. Alangkah seronoknya mengaibkan orang lain, syaitan pun seronok mencucuh api, strateginya menjadi!

Menjadi juruhebah radio tak rasmi atau internet bergerak, saya kira adalah satu pekerjaan yang tidak beretika. Sayugia diingatkan, 'menceritakan aib orang lain untuk menjatuhkan maruah' dan 'menceritakan perihal orang untuk mencari penyelesaian dan pengajaran' adalah dua perkara yang amat berbeza.
  1. Mendedahkan aib orang lain, sedangkan orang yang diumpat tidak mengetahui dirinya diumpat. Ia dilakukan untuk keseronokkan dan bertujuan untuk merosakkan nama baik mengaibkan atau menjatuhkan air muka (maruah) atau merendahkan martabat orang yang diumpat pada padangan umum.
  2. Berkongsi hal-ehwal demi mencari penyelesaian, tidak ada niat untuk merendahkan martabat orang itu hatta menjatuhkan maruahnya di hadapan orang yang mendengar. Selalunya perkata sebegini tidak akan dihebahkan kepada orang sebarangan, mungkin beberapa orang yang diyakini dapat menberi pandangan/penyelesa ian.

Pendek kata, yang pertama adalah "mengumpat", dan yang ke dua itu pula "sendiri mau ingat". Kita sedang membicarakan perkata # 1 seperti yang dinyatakan di atas. Perkara # 1 amat besar bahayanya kerana ia boleh menjurus kepada FITNAH, yang membawa dosa yang lebih besar. Firman Allah SWT yang bermaksud, "....fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.. ..." (Surah al-Baqarah, sebahagian ayat 191).

Allah SWT mencela orang yang mengumpat sebagai memakan bangkai, "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati (bangkai)? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." (Surah al-Hujuraat, ayat 12).

Mengumpat juga amat tercela, seperti yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud, "Takutlah ghibah (mengumpat) kerana mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni orang-orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat itu memaafkannya." (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Aduhai... Cuba baca balik hadis di atas... Nampak tak betapa beratnya dosa mengumpat? Dosa mengumpat lebih BURUK daripada dosa zina! Jika kita sedar kita telah mengumpat orang, cepat-cepatlah minta maaf, sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa kita mengumpat orang selagi orang yang diumpat itu tidak memaafkan kita. Agak mudah (walaupun sebenarnya sukar) jika kita mengenali orang yang kita umpat, tetapi bagaimana pula dengan orang yang kita tidak kenali? Agak-agak bolehkah kita jumpa orang yang kita umpat di yaumil mahsyar nanti? Bagaimana pula penerimaannya? Agak-agak mahukah dia memaafkan kita?

Apa-apapun, berbuat dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya adalah apabila seseorang itu KEKAL dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah SWT.

Istighfar amat dituntut dalam Islam kerana amalan itu boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan, tetapi sayangnya kita sukar sekali mengamalkan istighfar walaupun amat mudah untuk kita lakukan. Natijahnya, bertambah-tambahlah dosa yang dilakukan dari sehari ke sehari, kerana kelalaian dan tabiat suka bertangguh.

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasulullah SAW, "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya daripada bencana lidah dan perbuatannya."
(Sahih Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka." (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu mulai sekarang, beringatlah. Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah SWT, tetapi sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang...

Semoga hidup kita dirahmati Allah SWT. Amiin.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari

Thursday, April 9, 2009

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat


BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA? ?


LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Friday, April 3, 2009

Mohon dihilangkan rasa berdebar-debar



Perasaan berdebar-debar, penyakit was was, risau dan sebagainya adalah penyakit hati yang disebabkan kerana cinta kepada dunia dan jauh dari Allah SWT.

Ali bin Thalib pernah berkata: "Apabila hati seseorang telah dipenuhi dengan cinta dunia, ia akan terkena 3 penyakit:

a) Rasa risau yang tidak berkesudahan.
b) Rasa tamak yang berlebihan.
c) Harapan yang berlebihan yang tidak pernah tercapai."

Tidak ada jalan lain untuk menghilangkan penyakit tersebut melainkan dengan memperbanyak zikrullah.

Firman Allah dalam Al-Qur'an [13:28] yang bermaksud, "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram."


Zikir kepada Allah ada 3:
a) Mengenal Allah SWT dengan sifat dan asma'-Nya
b) Menyebut dan membesarkan sifat dan asma' Allah, bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan lain-lain dengan lisan

c) Mempelajari hukum Allah untuk mengenal perintah-Nya, sehingga dijalankan atau mengenal larangan-Nya sehingga ditinggalkan.

Zikir yang paling basic, ada seperti yang dinyatakan di bawah. Selain mengamalkan doa di atas, elok diamalkan zikir ini setiap kali habis sembahyang fardu.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis sahih Muslim)

Semoga Allah SWT memelihara kita daripada penyakit hati.

Menatap wajah yg tersayang ketika tidor..

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur ? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan
kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda....
Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah, Tak lain adalah untuk KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras
mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "


dari NYA kita datang, kepada NYA kita kembali

Wednesday, April 1, 2009

4 Perkara: Sebab dan yang Sulit

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Perihal berdoa


Doa ialah satu ucapan permohonan dari hamba-Nya kepada Allah SWT dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolongan- Nya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Berdoa merupakan salah satu ibadah, iaitu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib. Dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah SWT. Sebagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang mukmin seperti diperintahkan- Nya kepada rasul. Firman-Nya: Wahai rasul, makanlah makanan baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal salih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mukminun, ayat 51)


Firman Allah lagi, “Wahai orang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang kami rezekikan kepadamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 172).


Kemudian Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang lelaki sudah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut-masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa, “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!”, padahal makanannya daripada barang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram dan dia diasuh dengan makanan haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya? (Hadis riwayat Muslim)


Adab berdoa


Kita banyak berdoa, tetapi adakah Allah menerimanya? Sudah kah kita fikirkan kenapa doa kita tidak di terima? Kalau tidak di terima kecewakah kita? Sudah kita berbuat sesuatu untuk doa kita diterima Allah. Adakah kita telah mengikut adab-adab berdoa sebaik mungkin supaya doa kita diterima Allah? Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab serta syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah.


Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut:

* Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah SWT.

* Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.

* Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana (tidak terlalu laju).

* Doa dibaca dengan suara yang sesuai (tidak terlalu kuat dan sebaliknya).

* Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah SWT.


Antara adab-adabnya adalah seperti berikut :


1. Pastikan makanan, minuman dan pakaian, adalah dari sumber yang halal. Memakan makanan halal dan baik adalah satu bentuk ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insya-Allah segala yang dimohon akan dikabulkan Allah.


2. Ikhlas dengan Allah semasa berdoa. Ikhlas ini maksudnya, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan-Nya. Ikhlas bukan sahaja untuk berdoa sebenarnya dalam segala ibadah dan perlakuan kita.


3. Seeloknya didahulukan dengan wudhuk. Sekiranya kita tidak boleh berwudhuk masih juga boleh berdoa.


4. Digalakkan solat sunat 2 rakaat dahulu sebelum berdoa.


5. Mengadap kiblat semasa berdoa.


6. Membuka telapak tangan dan angkat paras bahu semasa berdoa.


7. Berdoa dengan suara yang perlahan dan lembut. Kita bukan menyeru pada yang tuli atau yang jauh, Allah mendengar apa yang kita pinta. Berlemah-lembutlah dengan Allah semasa berdoa tu. Suara tidak terlalu keras dan tak terlalu perlahan.


8. Jangan terburu-buru dengan Allah. Kita meminta dengan berdoa, kita mesti bersangka baik dengan Allah bahawa doa kita sentiasa didengari dan dimakbulkan. Ada 3 cara Allah makbulkan doa kita:

a) Dengan serta merta
b) Ditangguhkan untuk dimakbulkan di hari akhirat

c) Dijauhi kita dari mara bahaya dan bala bencana.


9. Dahulukan meminta doa untuk diri kita sebelum kita mendoakan orang lain.


10. Meminta doa dengan bersungguh-sungguh. Jangan berdoa seperti ini, “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk jika Engkau suka”, sebab Allah boleh buat apa yang Dia mahu, kalau kita berkehendakkan sesuatu mesti bersungguh-sungguh meminta dengan Allah.


11. Jangan sombong dengan Allah semasa berdoa. Kita banyak berdosa, jadi digalakkan kita menyebut kesalahan kita semasa berdoa. Seperti Nabi Adam semasa berdoa, baginda berkata, “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diri aku.....”


12. Ulangi hajat kita sebaiknya sebanyak 3 kali ketika berdoa.


13. Jangan berdoa tentang perkara yang haram (seperti nak minum arak, nak menang judi) atau untuk memutuskan silaturrahim. Selagi kita tidak berdoa ke arah ini, insya Allah doa kita akan dimakbulkan dengan salah satu cara macam dalam no 8.


14. Berdoalah untuk hajat yang dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya. Setiap apa yang kita pinta pastikan kita pinta dari Allah. (contoh: nak cepat dapat jodoh atau nak naik pangkat dan lain-lain)


15. Jangan berdoa kepada perkara yang mustahil (contoh: ketul emas di bawah bantal apabila bangun tidur). Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.


16. Seorang imam, tidak boleh hanya meminta doa untuk dirinya sahaja. Mesti menggunakan perkataan yang merangkupi semua jemaahnya.


17. Berdoa dengan bertawassul (perantaraan) dengan orang alim. Dahulu, sahabat nabi bertawasul dengan Saidina Abbas (bapa saudara Rasulullah). Selepas Abbas meninggal dunia, sahabat-sahabat bertawasul dengan Rasulallah sahaja.


18. Bertawassul dengan perbuatan baik kita apabila berdoa. Misalnya jika kita dalam kesusahan yang teramat kita boleh berdoa sambil bertawassul dengan perbuatan baik yang pernah kita buat dahulu. Seperti, mendahului memberi makan kepada ibu bapa sebelum mamberi anak-anak dan keluarga makan.


Tempat berdoa


Tempat yang diharuskan berdoa antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan seperti masjid, dewan, madrasah, rumah kediaman dan tempat terbuka (seperti padang).


Manakala yang tidak diharuskan berdoa ialah di tempat yang terdapat patung manusia atau haiwan, gambar-gambar atau lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak Islam.
Begitu juga di tempat-tempat yang mengandungi acara atau aktiviti yang berunsur maksiat, ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang seumpama dengannya.

Saat-saat doa paling mustajab


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, “Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud, pasti doamu diperkenankan Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim)


Postur sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s. bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.


Sujud hanyalah untuk Allah SWT. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah “Sujudlah pada-Ku”. Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud.


Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.


Kesimpulannya


Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat apa yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut.” (Surah al-A'raf , ayat 55)


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


Semoga segala doa kita dimakbulkan Allah SWT. Amiin.


Dalam dakwah tiada istilah COPYRIGHT... . Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari