Saturday, January 31, 2009

9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W

"Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi
Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang
menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang
oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan
untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang
perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA
KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab
kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia
diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. A ku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai
yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan
dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh
malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK
MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,
setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para
nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia
datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN
RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan
gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di
dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN
UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya
dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang
mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka
menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru k epada mereka
agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke
mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG
IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari
bahaya api tersebut.

No comments:

Post a Comment