petikan harian metro 31-12-08
KAJANG: Pembantu Pustakawan Universiti Putera Malaysia (UPM), Noraini Daud, mengamal beberapa zikir dan doa sebagai usaha membawa pulang anaknya, Norzarifah Kamarauzaman, yang dilaporkan hilang di Perth, Australia.
Zikir dan doa itu diberikan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengaruh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek.
Antara amalan membawa pulang individu hilang:
· Membaca surah al-Fatihah dalam satu nafas.
Pada ayat keempat yang bermaksud: Hanya Engkau Tuhan aku sembah dan hanya Engkaulah Tuhan yang aku minta pertolongan, terus berdoa dalam hati agar pulangkan anak.
· Membaca 40 kali surah al-Ikhlas sehari dengan setiap satu ayat senafas. Pada ayat kedua: “Hanya Allah tempat meminta” terus lintaskan dalam hati nama anak.
· Solat hajat
· Baca surah Toha dari ayat satu hingga enam.
No comments:
Post a Comment