Thursday, June 2, 2011

Jangan ketawa berlebihan


Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menyebut “Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak“.

Rasulullah sendiri tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar.

Ada juga orang Islam yang akan terjatuh ke dalam neraka (sebelum dimasukkan ke dalam syurga), misalnya mereka yang kerjanya menjadi pelawak. Di dalam hadith disebut orang yang menggunakan mulutnya untuk membuat orang lain ketawa akan jatuh ke dalam neraka yang dalamnya 70 tahun perjalanan ke dasar neraka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?”(Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad).

“Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi)

Kata Nabi s.a.w. , kalau kamu tahu apa yang aku tahu, kamu tidak akan ketawa. Rasulullah s.a.w. telah melihat dengan mata lendirnya sendiri Syurga dan Neraka semasa Mikraj. Nabi tidak ketawa, hanya senyum lebar sahaja.

Agama Islam adalah sesuatu yang serius , bukan untuk seronok-seronok, main-main dan bukan untuk dapat wang atau harta. Penyampaian ceramah agama juga kenalah serius, tidak boleh banyak lawak jenaka dan gurau senda. Riwayat Ibnu Abbas, tertawa dalam masjid menyebabkan gelap dalam kubur. Hendaklah masuk ke masjid dengan rasa hormat dan takutkan Allah.

Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah

Wednesday, June 1, 2011

DERHAKA DALAM SOLAT

Di petik dari: Fitrah Islami Online


Solat wajib di lakukan mengikut hukum dan syarat syarat yang telah di tetapkan syariat,di samping itu ia wajib di lakukan dengan khusyuk, tawadhuk dan rasa penuh kehambaan kepada Allah.


Jika tidak ada perkara ini di dalam diri ketika melakukan solat maka sesorang itu tidak akan rasa ia sedang menyembah Allah.Maka sudah tentu dia tidak akan rasa bertuhan.Apabila tidak ada rasa bertuhan maka dia tidak rasa dia itu hamba.

Ibadah orang saperti ini hanya akan menambahkan dosa terhadap dirinya sendiri.Dan tidak dapat melahirkan peribadi orang yang merendah diri dan berkasih sayang.Tetapi apa yang akan lahir ialah sifat sombong, riak dan ingin di puji, rasa diri ahli ibadah dan bersih dan sebenarnya tidak akan melahirkan rasa takut pun kepada Tuhan.

Solat yang sepatutnya menjadi penghubung di antara diri seseorang hamba dan Khaliqnya sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba dengan Tuhan nya.

Dosa saperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak sedar atau tidak rasa dia berdosa kepada Allah.Akhirnya dia mati dalam su’ul khatimah kerana selama ini dia rasa dia berbuat baik bukan berbuat dosa dan derhaka.Rupa rupanya dia melakukan dosa di atas saluran yang baik.Melakukan dosa sedangkan dia dalam solat.Membuat dosa dan derhaka dalam ketaatan.Lahirnya nampak taat tapi batinya derhaka.


Mereka sangka ibadah mereka memusnahkan mazmumah tapi cara ibadah mereka sebenarnya menyuburkan nya.


SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH ORANG ORANG YANG BERIMAN (YAITU) ORANG YANG KUSYUK DALAM SOLATNYA” – AL MUKMINUN AYAT 1-2.